Mata Rantai Perjuangan

‘Apabila kita hidup hanya untuk kita,hidupnya amatlah singkat.
Bermula dari bermulanya kita dan berakhir dengan berakhirnya umur kita yang terbatas.Tetapi jika kita hidup kerana selain dari kita,hidup kerana fikrah,sesungguhnya hidupnya panjang dan mendalam.Bermulanya daripada bermulanya manusia dan berakhir dengan luputnya manusia di bumi ini.Jika kita merasakan kita yang memulakan perjuangan ini..kita akan merasa sempit dada menghadapi kematian (kerana perjuangan belum mencapai matlamat).Ingatlah!Bukan kita yang memulakannya dan bukan kita yang mengakhirinya..Ia dimulakan oleh para Nabi hinggalah ke akhir zaman.
Kita adalah mata rantai dari suatu perjuangan yang panjang …’
As Syahid Hassan Al Banna~

Menyimpul Talian Ukhuwwah


Indahnya suatu persahabatan itu apabila ia wujud kerana Dia. Indahnya bila cinta yang ada kerana Dia. Indahnya kasih sayang yang wujud kerana Dia. Indahnya bila segalanya disandarkan hanya kerana Dia. Indahnya bila segala perbezaan disatukan kerana matlamat yang satu, iaitu menggapai redha-Nya.

Tapi indahnya ukhwah itu tak cukup sekadar di mulut , Tak terlestari sekadar pada baris-baris ayat sahaja dan dalam satu-satu hubungan itu pastinya ada ujian. Maka, timbullah episod-episod terasa hati, tak puas hati, bersedih hati, makan hati, sakit hati akan menjengah hidup kita dan pastinya semua ini mampu menggugat cinta yang dah terbinayang lahirnya semua dari hati

Apa juga permasalahannya, semuanya dari hati. Kita semua berbeza. Maka berlapang dadalah. Jangan biarkan penyakit-penyakit hati meraja dalam diri. Sebab pasti, kita yang akan rugi.

Hidup tanpa kebasahan jiwa ukhwah, seperti hidup yang mati!

Ukhuwah

Ana baru diketuk kebenaran. Ukhuwah yang manis tidak akan dapat digapai secara membuta tuli. Tak cukuplah ukhuwah itu dengan hanya bertegur ‘hye-hye dan bye-bye’ tetapi ukhuwah yang sebenar melahirkan kesatuan dan menenangkan hati. Bila persaudaraan yang dihulur bukan keranaNya, percayalah, kita akan kalah dengan ujian dan berpecah juga akhirnya.

Ukhuwah itu mengalami beberapa tingkatan proses iaitu :

1. Ta’aruf : Saling Mengenal

2. Tafahum : Saling Memahami

3. Ta’awun : Saling Menolong

4. Takaful : Saling Menanggung

5. Itsar : Mendahulukan orang lain daripada diri sendiri

“Tidak beriman seseorang diantaramu hingga kamu mencintainya seperti kamu mencintai dirimu sendiri” (HR. Bukhari-Muslim).

Sabar dan Syukur

Melakukan maksiat memang mengasyikkan,

kedurhakaan terlihat cantik dan mempesonakan,

lantaran syaitan menghiasinya dengan keindahan yang palsu, tidak berkekalan

justeru, berSABARlah pada menjauhi maksiat…

dan berSYUKURlah, kerana imanmu menjadi penyelamat dengan rasa malu pada-NYA.

 

 

Melaksanakan ketaatan selalu terasa berat,

ibadah bagai beban,

memelihara kesolehahan bagai mengurung , menyekat dan menyesakkan…

justeru, berSABARlah pada melakukan ketaatan…

dan berSYUKURlah, kerana imanmu membangkitkan kesedaran bahawa ALLAH itu amat dekat.

 

 

Dan, berSYUKURlah kerana ALLAH terus mendatangkan ujian cinta-NYA..

yang dengannya kita tahu bahawa kita masih memerlukan DIA

dengan berSABAR untuk meneruskan kelangsungan hidup di dunia….

tetapi, kasihanilah diri sendiri andai merasa setiap impian, hajat dan doa telah dikabulkan…

kerana bimbang, ia hanya habuan di dunia semata,

tanpa sedikit pun yang tersisa untuk kelangsungan hidup di akhirat sana…….

 

 

Umpama dua cengkerang tiram yang melindungi sebiji mutiara bergemerlapan…

begitulah SABAR dan SYUKUR…..

keduanya adalah cengkerang yang melindungi jiwamu..

agar gemerlap taqwanya mampu menjulang dirimu ke sisi Yang Maha Esa….

:3 Penawar Secebis Duka

Sampaikan pesan umi kepada abimu….,

Ahmed putraku


Ummi tak tahu kenapa pagi ini kau bersikeras
Pergi ke pasar untuk belanja dapur kita
Dimana biasanya Ummi yang melakukannya
katamu,”Biar Ummi di rumah,
Ummi mengaji saja di kamar
Biar Ahmed yang pergi ke pasar
Sekali ini saja.”
Kau sangat bersikeras
Ahmed putraku
Ummi tak ada prasangka padamu
Lelaki kecilku yang dibanggakan Abimu juga aku
Lalu kau pun pergi membawa keping logam tersisa
Untuk ditukar dengan apa saja sekedar hidup hari ini
Ummi lalu kembali larut dalam ayat Quran cinta kita
Kemudian mendadak suara langit menggelegar
Pesawat dari neraka datang lagi
Diikuti dentum keras terdengar
serasa dekat di telinga Ummi
Lalu tiba-tiba saja Ummi merasa khawatir denganmu
lalu bergegas keluar rumah
seperti para tetangga Ummi
Mencari tahu apa yang telah terjadi
semua berlari ke arah pasar tempat kau pergi
Ahmed putraku
Lalu ummi melihatmu terkapar di jalan
Diantara raga-raga tak bergerak lainnya
Kau sekarat disana. Tanganmu saja yang bergerak
Ahmed putraku

Ummi spontan membopongmu mencari pertolongan
Di mulutmu hanya ada suara
Suara yang sangat kita kenal
“Allah! Allah! Allah! Allah!”
Lirih Lemah
Tapi menembus kuat hingga langit tertinggi
Dan Allah ternyata memberi cinta di pagi ini padamu
Juga pada Ummi
lalu kubisikkan kata di telingamu,
“Putraku tersayang,
Sampaikan pesan Ummi pada Abimu di syurga
bahwa
ummi akan lanjutkan perjuangan kalian
Ummi akan teruskan perlawanan kalian
Selamat jalan Ahmed anakku terkasih
Selamat jalan syahidku cintaku
Ternyata Allah telah memanggilmu pagi ini
Biarkan Ummi menangis terakhir kalinya
mengantarmu pergi ke taman kehidupan sebenarnya
dimana Abimu menunggu di pintu gerbangNya
Tunggu Ummi ya nak, tunggu
Kita kelak akan bersama lagi seperti dulu …
Laailahailallah Muhammadarrosulullah
Innalillahi wa innailaihirojiuuuwn…”

ERTI PERSAHABATAN

 ERTI PERSAHABATAN

Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti. …kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, ‘memaksa’dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya? ?? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa….tetapi kita sering terlupa.Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa…bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.
Renungilah.. . terima kasih padamu sahabatku..maafkanl ah diriku kerana selalu silap tafsir terhadap dirimu..

P/S: buat sahabat-sahabat ana yang sering terkecil hati kerana perbuatan atau kekasaran bahasa ana…ana memohon keampunan dari kalian…maafkanlah ana….

Ujian

Kenapakah aku diuji?

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan, “kami telah beriman”, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya KAMI telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya DIA mengetahui orang-orang yang dusta”

(al-ankabut, ayat 2-3)

Kenapakah aku tidak dapat apa yang diidamkan?

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu pada hal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, pada hal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui” (al-baqarah, ayat 216)

Rasa kecewa

“Janganlah kamu merasa lemah, dan janganlah kamu berdukacita, pada hal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu adalah orang-orang yang beriman” (al-imran, ayat 139)

 Bagaimanakah harus aku menghadapinya?

“Dan mintalah pertolongan kepada ALLAH dengan jalan yang sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali orang-orang yang  khusyu’” (al-baqarah, ayat 45)

Kepada siapa aku berharap?

“Cukuplah bagiku ALLAH, tiada tUHAN selain DIA, kepada-NYA aku bertawakkal dan DIAlah yang mempunyai ‘arasy yang besar” (at-taubah, ayat 129)

    • Bersabarlah selagi ada kesempatan sebelum datangnya kesempitan
  • Apabila kita belum pernah merasakan kesusahan, tidak mungkin kita akan dapat menikmati kesenangan -hukamak

Ana bukan baik..,

Memang, ana bukan baik. Apatah lagi nak dikatakan beriman. Jauh lagi nak capai tahap tu. Jauh lagi. Ana tak baik pun. Akhlak pun pincang. Ana ni insan lemah. Selalu sahaja lupa dan lalai. Memang banyak sangat kelemahan. Lain yang dicakap, lain yang dibuat. Cakap tak serupa bikin. Ana hina. Kalau ana cuba baiki perangai buruk yang itu, perangai buruk yang lain pulak terserlah. Macam kain buruk yang compang-camping. Ingin ditampal yang terkoyak di atas, di bawah pula carik. Ya. Serius. Ana tak tipu ni. 
Ana memang terasa down sangat. Sangat-sangat down. Ana cuba ingat Allah di saat down gini. Ana cuba sedaya upaya. Itupun setelah dosa demi dosa ana buat. Ana rasa malu dengan Allah. Dosa pagi tadi yang dibuat, telah menyesal, menangis dan memohon keampunan Allah. Tengah hari, dosa lain lak yang dibuat. Belumpun istighfar memohon keampunan untuk dosa baru, petang dan malam hari terbuat pula dosa lain. Ana rasa, semua dosa yang ana buat, semua dosa besar. Semua dosa besar. Sebab tu, ana rasa sarat dan berat dengan dosa. Sebab tu hati ana tidak tenang. Ana langsung tidak tenang. Macam-macam ana cuba buat untuk fokus buat sesuatu, tapi ana tidak tenang. Semacam sesuatu yang hilang. Ana rasa lost.

Ana tahu ana banyak dosa. Ana sedar yang anabanyak buat dosa. Allah masih sayangkan ana, sebab tu Dia hadirkan rasa sedih yang amat ini pada diri ana. Perasaan semua bercampur aduk. Ana ada ilmu, walaupun tak seberapa, tapi ana ada ilmu. Ilmu yang tanpa amal. Ana lah orang yang rugi itu. Ana masih sedar semua ni. Ana bingung. Titik.
Hubungan ana sesama manusia gagal. Gagal sebab putus tali hubungan ana dengan Sang Pencipta. Baik dengan Allah, maka dengan manusia pun akan baik. Itu lumrahnya. Ada yang kata ana juz porty in front of others. Yes. Ana angguk. Betul. Ana rasa ana kena muhasabah sentiasa. Setiap pandangan mata seseorang datang dari hati. Ana kena up ibadah ana kepada Allah. Ana kena struggle untuk ikhlaskan hati beribadah. Ana kena bersihkan hati kotor ana. Perlu ke ana  kesah dengan hinaan orang pada ana? Pakaian menutup aurat menandakan kewarakan, selalu baca buku agama, selalu update yang baik-baik dalam blog, namun perangai sebenar, macam setan. Perlu ke ana amik kesah? Perlu kan? Sebab itulah teguran dari orang yang sayangkan ana. Mungkin. Allah je yang tahu niat dia.

Oooohhh Ya Allah. Ana ingin keluar dari tampuk lama. Ana ingin keluar. Ana ingin menimba ilmu lagi. Ana dahagakan ilmu yang sebenar-benarnya. Ya Allah. Ana ingin baiki diri ana. Ana rasa di sini bukan tempat ana. Ana mohon petunjuk dariMU Ya Allah. Tolonglah ana Ya Allah. Memang ana bukan baik, tapi ana nak jadi baik. Ana nak jadi baik. Ana nak jadi baik. 

Ana takut untuk ke nerakaMU Ya Allah. Namun, ana tak layak untuk ke syurgaMU. Tiba-tiba, ana terasa hembusan bayu membelai lembut jasadku. Ana terdengar titipan halus suara kecil hati ana menyeru untuk kembali kepadaMU. Ana sedar Ya Allah, ana dengar. Ana takut ya Allah, jika maut menyergah insan berdosa sepertiana ini. Panjangkan peluang untuk ana bertaubat Ya Allah. Jangan sempitkan. Terasa ana semakin terarah. Terarah dan terarah. Hanya dengan mengingatiMU dalam tangis. Terima kasih ya Allah. Engkau sebaik-baik tempat mengadu. Dan Engkau maha penerima taubat. Ampunilah ana Ya Allah. Faghfirli ya Allah 3x.
 Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :“Barangsiapa yang diperbuat kebaikan terhadap dirinya, lalu dia mengucapkan kepada pelaku (kebaikan) tersebut : Jazaakallaahu khairan; maka sungguh dia telah sempurna dalam memuji”.

(Terjemah HR At Tirmidzi rahimahullahu ta’ala, no. 2035)

 

 

p/s : coretan  malam

Pernah ataupun tidak..

Ana tidak mengira apakah dia sudah pernah dimiliki atau tidak..tapi ana cukup berkira,dalam dia memiliki adakah dia melupakan yang empunya Milik Segalanya..cukup bagi ana memiliki mujahidah yang membuatkan ana merasa diri ini tetap milik Allah selamanya,MUTLAK selamanya dalam pengabdian.:dirimu pilihan Allah buat ana:

Cinta bukan milik kita tetapi  Cinta itu milik Allah. Hari ini Dia tarik rasa cinta dari hati pasangan kamu sehingga tawar hatinya. Sebab, mungkin esok atau lusa Dia campakkan rasa cinta yang lebih segar dalam hati si dia yang setepatnya untuk kamu. Semalam kamu berjalan dengan tidak cermat dan tidak berhati-hati. Hari ini dan esok, bak kata Saiyidina Umar: “..waspadalah jangan terpijak atau memijak onak dan duri..” Jangan kau kutip lagi serpihan kaca. Sabarlah hingga kau temukan permata.

:3 Siapakah Mujahidah itu?

5 syarat buat maksiat

Kalau Nak Buat Maksiat Baca Syarat-Syaratnya Dulu..

5 Syarat nak buat maksiat

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.” Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat.” Lelaki itudengan tidak sabar-sabar bertanya. “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”

Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.” Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? “Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?”

“Yang kedua,” kata Ibrahim, “kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?”

“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!” Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?” “Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, “Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, ‘Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh’.” Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”

“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”

“Baiklah, apa syarat yang kelima?” Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.” Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah.” katanya sambil terisak-isak.

*Allah senantiasa mengampunkan kesalahan dan dosa hambaNya selagi mana kesalahan tersebut bukan membawa kepada mensyirikkanNya

Pertemuan Kita Semua Bukannya Kebetulan..

Pertemuan kita semua bukannya kebetulan.

Bertukarnya persekitaran yang diselubungi rasa kekok itu bukanlah untuk merenggangkan, bukan untuk diambil ringan, dan bukan juga untuk merasakan tiada jalan lain selain berputus asa.

Allah yang menetapkan segalanya. Dan Dia mahu menguji, apakah kita mahu bersabar?

Kadangkala manusia ini perlu diketuk sedikit, baru tersedar. Ada yang ketuk sekali tak sedar-sedar. Mungkin caranya tidak kena, dan caranya membuatkan dia terus pecah, atau yang mengetuk menyerah kalah.

Setiap manusia punya ujian masing-masing, kan?

Mungkin yang membuatkan kita rasa sukar untuk berubah adalah rasa tidak yakin terhadap diri.

Dan rasa tidak yakin ini hanya mampu diubat dengan satu cara sahaja, iaitu :-

Yakin kepada Allah. Yakin dengan keyakinan yang tidak ber’tapi’. Yakin bahawa Allah itu Maha Teliti, dan Dia tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia.